I City
Berada di Seksyen 7 Shah Alam Selangor Kuala Lumpur.I-City Shah adalah sebuah kawasan perniagaan dan pusat tarikan warga kota untuk bersantai pada waktu malam atau siang. Ianya adalah terletak di antara bandar Shah Alam dan Bandar Kelang. Lokasinya adalah sangat berhampiran dengan kawasan perumahan dan perniagaan Seksyen 7 , Shah Alam.
Pada waktu malam, kawasan ini akan di penuhi dengan cahaya lampu yang amat menarik dan berwarna warni seolah-oleh anda sedang berada di sebuah alam fantasi. Sewaktu memandu di sepanjang jalan masuk kawasan ini, anda akan di banjiri dengan cahaya lampu yang bewarna-warni di sepanjang kiri dan kanan jalan.
Anda akan di kenakan sedikit bayaran sebelum memasuki kawasan tarikan utama yang mengandungi berbagai jenis panorama cahaya di setiap sudut dan kawasan.
I-City sesuai di kunjungi pada waktu malam bersama keluarga, terutamanya bersama anak-anak untuk bersantai dan bergambar. Di antara aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah Snow Walk, Playground dan video arca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan